STORIES BLOG CONTACT +FOLLOW +HOME

A letter without name
Posted on Wednesday 30 November 2011 @ 03:30 < 0 cheonsa >

Title: Letter Without Name
Character : /hero/Taecyeon(2PM), /heroin/Jessica(SNSD),Wooyoung(2PM),Sunny(SNSD)
Status: Oneshot

Pada waktu petang,semua pelajar sibuk dengan latihan kelab masing-masing dan Jessica mengambil peluang untuk melihat seniornya iaitu Taecyeon. Tinggal 10 minit  untuk habis latihan kelab Jessica berlari anak menuju ke bilik persalinan ahli kelab bola keranjang . Dia melihat sekeliling dan menyelinap masuk ke dalam bilik persalinan ahli kelab bola keranjang dan menyelitkan surat di loker Taecyeon.

                                                                  ******

Seperti biasa,selepas latihan kelab,mereka akan pergi ke bilik persalinan sebelum pulang ke rumah . Dan itu juga kebiasaan bagi ahli kelab bola keranjang .

“Kau dapat surat cinta lagi?” Tanya salah seorang rakan Taecyeon. Taecyeon hanya membalas dengan menunjukkan lokarnya yang dipenuhi dengan surat-surat daripada peminat . Tetapi,ada satu surat yang selalu menarik perhatian Tacyeon.

Surat itu tidak ditulis nama pengirimnya . Isi dalam surat itu juga selalu berkaitan dengan aktivitinya di sekolah . Seperti gadis yang mengirim surat itu sentiasa memerhatinya . Dan surat itu pasti ada di dalam lokarnya selepas latihan kelab . Surat itu juga bersampul warna putih berbanding dengan surat peminatnya yang lain berwarna merah jambu semuanya dan itu menyebabkan Taecyeon boleh membezakan surat itu dengan surat peminatnya yang lain tanpa perlu membuka.

Selepas dia mengambil surat-surat itu,dia membuangnya dalam tong sampah . Dan mengambil surat bersampul warna putih ke dalam begnya .

“Lah,surat lain kau buang,surat tu kau ambik . Sekurangnya bacalah surat yang lain tu sebelum buang . Kesian diorang dah penat-penat tulis ayat indah untuk kau . Manalah tau,dalam tu ada soalan bocor peperiksaan kita tak lama lagi .” kata Wooyoung sambil tersengih.

“Ish kau ni! Tak payah merepek lah . Takde maknanya diorang kasi soalan bocor dalam surat berlove-love macam ni . Lagipun mana satu lagi elok,kau dah baca pastu kau buang ke atau ko tak payah baca dan tak tahu menahu isi kandungan surat tu dan terus buang?”

“Alah,relax ah bro . Aku gurau jek .HAHA .”

“Dahla,aku nak balik ni . Chaw dulu.” Jawab Taecyeon sambil mengambil begnya dan berlalu pergi .

                                                                ******

 Hai senior .
Senior kelihatan penat harini . Mesti terlalu berusaha menjaringkan bola keranjang sampai terjatuh senior dibuatnya . XD . Risau juga saya .Senior janganlah asyik berlatih je,jangan lupa rehat pun penting juga . Baiklah,saya tidak tahu nak tulis apa lagi . Always cheer ok!
                                                                                                                       Daripada: :-D

Selepas membaca surat itu , Taecyeon menyimpannya di dalam kotak yang pernuh berisi surat-surat dari gadis itu . Taecyeon mengeluh “Haih,siapa perempuan yang hantar surat ni ?”

Sudah puas Taecyeon mencari pengirim surat itu tetapi tidak dijumpai .Gadis itu pastinya latihan kelab di padang sama dengan kelab bola keranjang. Latihan kelab di padang hanyalah kelab besbal,bola sepak dan bola keranjang dan yang lain latihan indoor . Jadi,gadis itu pastinya ahli kelab besbal tetapi,ahli kelab besbal perempuan selalu aktif dan jarang memonteng . Tetapi macam mana gadis itu boleh tulis surat mengenainya semasa latihan kelab besbal setiap hari . Itulah perkara yang selalu bermain difikiran Taecyeon .

                                                              ******

“Eh,kau nak pergi mana ni?” Tanya Wooyoung . Dia sudah pun bersiap memakai baju kelab bola keranjang .

“Jap ah. Kau pergi dulu . Aku nak stay sini . ” Balas Taecyeon . Dia masih lagi duduk dalam bilik kelab bola keranjang .

“Kau nak tunggu budak tu ke? Alah,dulu pun kita pernah tunggu macam ni tapikan tak jumpa .”

“Takpe . Kalau tak jumpa,nak buat macam mana . Kau pergilah dulu . Cakap kat cikgu yang aku sakit perut . Nanti aku datang .”

“Yelah . Aku pergi dulu .” Balas Wooyong . Dia mengambil bola keranjang dan berlalu pergi .

                                                              ******

Jessica berjalan menuju ke bilik persalinan ahli kelab bola keranjang . Dia tidak nampak Taecyeon di padang pun harini . Di tanggannya memegang sepucuk surat . Setiba di hadapan pintu bilik persalinan ahli bola keranjang,dia membuka tombol pintu itu secara berhati-hati dan menyelinap masuk dalam bilik itu .

“Apa kau buat kat sini?” Tanya Taecyeon . Jessica terkejut . Dia memasukkan surat itu dalam poketnya dan Taecyeon ternampak.

“Sa..saya nampak pintu ni terbuka,jadi saya nak tutup lah . Saya bukan nya sengaja masuk .” Kata Jessica . Dia sudah menggelabah .

“Betul ni?” Tanya Taecyeon lagi.

“Betul la. Takkan saya nak tipu senior . Saya kena pergi ni . Pergi dulu.” Kata Jessica . Dia segera berjalan keluar dari bilik itu dan berlari menuju ke padang .

                                                             ******

“Sesak nafas aku tau time tuh . Satu,aku sesak nafas sebab hamper kantoi yang aku selalu hantar surat cinta dekat dia . Dua,sebab aku dapat tengok muka dia dekat-dekat . Hansemnya!!” Kata Jessica . Sunny hanya menggelengkan kepala .

“Tapi hidung kau tak berdarahkan time tuh?” Tanya Sunny sambil ketawa.

“Takdelah sampai berdarah . Ish ,kau ni .”

Semalam,Taecyeon mula berasa sangsi dengan Jessica . Lebih-lebih lagi die ternampak bahawa Jessica memasukkan seperti kertas dalam poketnya . Jadi,kemungkinan petang balik nanti pasti dia tidak dapat surat bersampul putih itu tetapi tekaannya salah . Surat itu tetap ada dalam lokernya . Bila masa gadis itu masukkannya?


“Dia pakai orang dalam kot . Dia suruh ahli kelab bola keranjang kita masukkan surat dalam loker kau .” Kata Wooyoung .

“Mustahil lah . Kita ada empat cikgu yang memerhati kita . Bila masa pulak ahli kelab kita nak menyelinap keluar .” Balas Taecyeon .

“Manalah tahu . Time kau tak sedar,dia masukkan surat tu .” Kata Wooyoung . Taecyeon tidak membalas apa kata-kata Wooyoung .

                                                               ******

Sudah berapa minggu Taecyeon tidak menerima surat bersampul putih . Resah juga dibuatnya . Tetapi,pada suatu hari selepas latihan kelab ,

“Alamak!”

Taecyeon terkejut melihat Sunny sedang memasukkan surat kedalam lokernya . Sunny hanya mampu tersengih. Sunny menghulurkan surat itu kepada Taecyeon .

“Jangan salah sangka . Bukan saya pengirim surat tu . Tetapi kawan saya." Kata Sunny .

“Siapa kawan awak?” Tanya Taecyeon .

“Maaf,dia tak beri saya beritahu senior . Dia cuma suruh senior baca surat tuh .” Balas Sunny.

“Hei,cakap lah! Saya nak tahu siapa pengirim dia . Dan hampir sebulan dia tak kirim surat . Siapa dia?”

Sunny mengeluh . Tak sampai hati melihat Taecyeon ingin sekali tahu pengirimnya .

“Baiklah,saya beritahu . Nama dia Jessica . Tahun satu . Dia yang selalu beri senior surat tu . Dia dah lama minat senior sejak dia jumpa senior masa sekolah rendah . Senior ingat tak gadis bernama Jessica yang pernah senior luahkan perasaan dulu . Jessica yang tomboi masa sekolah rendah dahulu .”

Taecyeon terdiam seketika . Betul,ada seorang gadis tomboi yang telah menarik perhatian masa dia sekolah rendah . Tetapi,selepas Taecyeon meluahkan perasaanya dan mereka mula menjadi semakin rapat,dia terpaksa berpindah meniggalkan gadis itu . Dan gadis itu Jessica .

“Tapi.... biar betul Jessica tu..”

“Ini..” Sunny menunjukan gambar 2 orang budak yang memakai uniform sekolah .

“Ini. Ini gambar saya masa kecil.”

“Betul. Ni gambar yang sentiasa ada dalam purse Jessica . Saya mengambil gambar ni dari dompet dia sebagai bukti sebab saya takut kalau perkara macam ni akan berlaku .” Jawab Sunny .

“Jadi,mana Jessica? ”

“Sekarang dia dekat hospital .”

                                                                ******

“Badan dia lemah sejak kecil sebab tu dia tak buat latihan kelab . Sebab tu dia boleh memerhatikan senior semasa latihan kelab . Dia sekarang dekat hospital dan keadaan dia semakin teruk sebab dia kerap penat. Mungkin dia kerap penat sebab sekarang dia selalu berlari sebab nak hantar surat dekat senior cepat,supaya senior tak menjumpainya selepas insiden yang senior terjumpa dia masa menyelinap masuk bilik persalinan ahli kelab bola keranjang.” Kata-kata itu bermain di fikiran Taecyeon .Dia dalam perjalanan pergi ke hospital untuk melawat Jessica.


“Sunny!! Mana Jessica? Mana dia?” Tanya Taecyeon . Badan dia berpeluh-peluh . Mungkin dia berlari dalam perjalanan untuk pergi ke wad Jessica.

“Tu....”

Taecyeon memandang Jessica . Jessica masih lagi tersenyum dan ketawa dengan ibu bapanya . Dan ketawanya terhenti apabila dia melihat Taecyeon di luar wadnya .

“Senior,masuklah!” Panggil Jessica . Ibu bapa Jessica keluar dari wad meniggalkan mereka berdua .

“Awak apa khabar?” Tanya Taecyeon .

“Saya baik . Tak sangka senior datang melawat saya . Kita pun bukannya rapat. ”
Taecyeon memeluk Jessica . Jessica terkejut.

“Senior..”

“Maafkan saya sebab selama ni saya tak  perasan kehadiran awak . Maafkan saya .”

“Eh,senior dah tahu ke siapa saya?”Tanya Jessica .

Taecyeon melepaskan pelukannya .Dia memandang Jessica .

“Dah,Jessica Tomboi .” Kata Taecyeon sambil tersenyum . Jessica ketawa .

“Awak kena sihat cepat tau . Nanti  kita pergi jalan sama-sama eh?”

Jessica mengangguk .

                                                           ******

“Terima kasih Jessica . Terima kasih atas surat-surat tu . Terima kasih sebab awak menyayangi saya.” Kata Taecyeon. Dia membakar surat-surat kiriman Jessica . Jessica sudah pergi meninggalkan dunia . Tetapi,sebelum dia meninggal,mereka sempat berdating di Tower N . Dan ia meniggalkan seribu kisah manis di situ . Taecyoen mebakar surat-surat itu dan dia teringat bahawa ada surat terakhir yang belum dibacanya . Dia membuka sampul surat itu .

Kepada Senior Taecyeon .
Ini surat terakhir saya . Saya harap senior sentiasa happy . Senior,ingat lagi tak masa kita sekolah rendah dulu,senior pernah beri saya rantai kertas yang senior buat . Saya masih simpan lagi tau . Hehe ..Saya tak tahu nak tulis apa lagi . Saya penat sangat .Saya rasa mesti Sunny dah terangkan semuanya pada senior kan? Dia memang kawan yang baik . Senior,saya harap senior tak lupakan saya . Maafkan saya sebab saya rahsiakan perkara ini.
                                                                                                             Jessica.

                                                                         TAMAT..

Aaaaaaa...aku tak tahu best ke tak .Tatabahasa aku amatlah teruk kot. Terima kasih sangat-sangat siapa yang baca sampai habis TT.TT . Do comment ok?